Perkhidmatan yang teliti dan telus.
SERVIS KERETA DI TEMPAT ANDA...

Kereta adalah satu harta yang sangat berharga kepada pemilik masing-masing.
Penjagaan yang rapi, servis yang berkala, pengetahuan asas tentang penjagaan kereta supaya boleh digunakan untuk tempoh masa yang panjang sangat mustahak. Namun, dengan kekangan masa yang kita hadapi, menyebabkan kita kurang menitik beratkan hal ini.


Kami menyediakan perkhidmatan servis di lokasi yang anda pilih, sama ada di tempat kerja atau di rumah anda sendiri. Kami juga sedia menjalankan servis beberapa buah kereta serentak. Justeru, anda boleh mengajak beberapa orang rakan untuk bersama-sama mendapatkan perkhidmatan ini. Lokasi perkhidmatan kami hanya di Selangor dan Kuala Lumpur.

Pihak anda tidak perlu merasa ragu dengan perkhidmatan kami kerana kami berpengalaman luas dalam perkhidmatan servis kereta. Kami sedia melakukan perkhidmatan servis kereta yang asas juga mengikut keperluan kereta anda. Kami menerima semua jenis kereta sama ada buatan Malaysia atau luar negara.

Harga yang disediakan adalah berpatutan. Semua alat ganti adalah jenis yang tulen dan kami memberi jaminan tentang hal ini. Kami akan menghantar sebut harga kepada anda selepas menerima borang servis dari anda.

Kami berharap anda akan berpuas hati dengan perkhidmatan servis dari kami.



Pastikan anda menservis kereta anda sebelum Hari Raya ini supaya perjalanan anda pulang ke kampung tidak menghadapi sebarang masalah.